KELEMAHAN PETA MINDA
1)Hanya difahami oleh segelintir glongan sahaja
Penggunaan peta minda mendatangkan keburukan di mana hanya difahami oleh
segelintir golongan sahaja.Oleh itu,si pembuat peta minda tidak dapat berkongsi
isi maklumat serta isi yang diringkaskan dengan orang lain.Hal ini kerana
konsep peta minda yang banyak menggunakan kata kunci serta bahasa yang ringkas
akan menyukarkan beberapa individu untuk memahami isi yang ditulis.Oleh itu,penukaran
maklumat dengan individu lain secara tidak langsung tidak dapat dijalankan dan
ini boleh menyebabkan ilmu yang diperolehi hanyalah sedikit sahaja
2)Huraian yang tidak jelas
Keburukan peta minda ialah segala maklumat tidak dihuraikan dengan lebih
terperinci kerana penulis hanya menulis dalam bentuk singkatan.Contohnya,nama tokoh,nama
tempat dan sebagainya tidak disertakan.Hal ini kerana kebiasaannya si pembuat
peta minda akan hanya mengisi tajuk utama sahaja di dalam peta minda.Jadi,maklumat
yang ingin disampaikan tidak menjadi lengkap sekaligus info-info yang penting
akan diketepikan.Oleh itu,pengetahuan seseorang akan maklumat tersebut menjadi
terhad di mana hanya mengetahui tajuk-tajuk utama sahaja dan bukannya isi yang terkandung
dalam topik tersebut.
3)Terlalu panjang dan kompleks
Peta minda dilakar dalam bentuk kompleks sehingga isi yang ditulis dalam
keadaan berserabut serta berselerak.Berdasarkan buku Peta Minda Langkah Demi
Langkah(2011,p.60) peta minda dilakar dengan pelbagai bentuk yang rumit seperti
jenis pokok,jenis alir dan sebagainya.Apabila peta minda menjadi terlalu padat,penulis
mengalami kesukaran untuk mengesan isi tersurat serta isi tersirat.