KELEMAHAN PETA MINDA

Image result for KELEMAHAN PETA MINDA


KELEMAHAN PETA MINDA

1)Hanya  difahami oleh segelintir glongan sahaja

Penggunaan peta minda mendatangkan keburukan di mana hanya difahami oleh segelintir golongan sahaja.Oleh itu,si pembuat peta minda tidak dapat berkongsi isi maklumat serta isi yang diringkaskan dengan orang lain.Hal ini kerana konsep peta minda yang banyak menggunakan kata kunci serta bahasa yang ringkas akan menyukarkan beberapa individu untuk memahami isi yang ditulis.Oleh itu,penukaran maklumat dengan individu lain secara tidak langsung tidak dapat dijalankan dan ini boleh menyebabkan ilmu yang diperolehi hanyalah sedikit sahaja

2)Huraian yang tidak jelas

Keburukan peta minda ialah segala maklumat tidak dihuraikan dengan lebih terperinci kerana penulis hanya menulis dalam bentuk singkatan.Contohnya,nama tokoh,nama tempat dan sebagainya tidak disertakan.Hal ini kerana kebiasaannya si pembuat peta minda akan hanya mengisi tajuk utama sahaja di dalam peta minda.Jadi,maklumat yang ingin disampaikan tidak menjadi lengkap sekaligus info-info yang penting akan diketepikan.Oleh itu,pengetahuan seseorang akan maklumat tersebut menjadi terhad di mana hanya mengetahui tajuk-tajuk utama sahaja dan bukannya isi yang terkandung dalam topik tersebut.

3)Terlalu panjang dan kompleks

Peta minda dilakar dalam bentuk kompleks sehingga isi yang ditulis dalam keadaan berserabut serta berselerak.Berdasarkan buku Peta Minda Langkah Demi Langkah(2011,p.60) peta minda dilakar dengan pelbagai bentuk yang rumit seperti jenis pokok,jenis alir dan sebagainya.Apabila peta minda menjadi terlalu padat,penulis mengalami kesukaran untuk mengesan isi tersurat serta isi tersirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS