1)Mudah diingati oleh pembuat peta minda

Pembuat peta minda dapat mengingati sesuatu info dengan lebih mudah dan cepat.Ini kerana,peta minda membenarkan idea yang lintas di benak fikiran seseorang dengan lebih pantas kerana tidak memerlukan penggunaan bentuk ayat yang penuh.

2)Mudah memahami sesuatu konsep

Penggunaan peta minda juga merupakan salah alat berfikir yang membantu si pembuat peta minda untuk memahami sesuatu konsep.peta minda dapat membantu seseorang untuk memahami dengan lebih mendalam kerana ayat dan perkataan yang digunakan hanyalah ringkas,padat dan singkat sahaja serta memberikan cabang pemahaman yang lebih mudah untuk menerangkan maksud sesuatu maklumat.

3)Dapat dibaca dengan mudah

Penggunaan peta minda hanya menggunakan kata kunci yang ringkas dan mudah untuk dibaca.Hal ini kerana penggunaan ayat yang panjang di dalam sesetengah buku diringkaskan dengan menggunakan bahasa yang jelas dan pendek.Jadi,konsep ini amat sesuai untuk dibaca terutamanya di ambang kecemasas.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS